Rabu, 04 April 2012

Islam Bukan Teokrasi

Serangan terhadap Islam sebagai cara hidup telah bermula sejak beberapa abad yang lalu. Institusi-institusi barat secara berterusan menyebarkan dakyah yang merugikan Islam sebagai satu cara hidup.Malangnya, serangan ideologi ini bermula di kala kefahaman kaum Muslimin terhadap Islam berada ditahap yang paling rendah. Akibatnya, umat Islam terlalu mudah dipengaruhi oleh serangan ideologi ini tanpa sedikitpun kemampuan untuk melakukan serangan balas.

Salah satu pusat serangan tersebut adalah berkisar kepada analogi/qias di antara Negara Islam dan negara teokerasi (pemenrintahan agama) di Eropah pada zaman pertengahan. Analogi tersebut mengambarkan bagaimana agama Kristian yang dijadikan asas kepada negara telah mencampakkan umat manusia ke dalam kancah kemunduran dan kezaliman. Oleh itu telah dihujahkan bahawa jika Islam dijadikan asas kepada negara perkara yang sama akan berlaku. Maka, kaum Muslimin telah dicadangkan agar mengambil sekularisma sebagai cara hidup mereka. Untuk memastikan akan keabsahan analogi ini, ciri-ciri asas kepada negara teokrasi dan Negara Islam perlulah dikaji dengan teliti.

Teologi/agama di dalam pemikiran/hadarah Barat adalah berkisar kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dan Tuhan semata-mata. Negara teokrasi telah dibina di atas asas pemahaman terhadap agama yang tersebut. Di zaman pertengahan, terdapat banyak pemerintahan teokrasi di Eropah. Para pemerintah ini memang pada hakikatnya adalah batu penghalang kepada usaha masyarakat yang berusaha untuk maju. Melalui penggunaan kuasa dengan cara yang zalim, para pemerintah ini telah berjaya mengawal pemikiran para rakyat mereka. Memang adalah sesuatu yang lazim untuk melihat hukuman bunuh dan salib dilaksanakan keatas para pemikir dan cendikiawan melalui perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Bentuk-bentuk kezaliman yang sedemikian telah menyebabkan tercetusnya beberapa konflik dan revolusi.

Adalah sesuatu yang fitrah jika pemerintahan teokrasi di Eropah menjadi batu penghalang kepada jalan menuju kemajuan kesan dari pemikiran dasar yang mereka ambil sebagai asas kepada negara. Pandangan mereka terhadap kehidupan adalah didasarkan kepada pemikiran yang batil berkaitan agama dan kehidupan seperti kefahaman mereka terhadap kerohanian dan tanggapan bahawa kerohanian adalah lawan kepada kebendaan (materialisma). Negara teokrasi percaya bahawa manusia itu terdiri dari dua unsur iaitu rohani dan jasmani (materi). Rohani dikaitkan kepada surgawi danTuhan sedangkan jasmani dikaitkan dengan duniawi dan syaitan. Rohani dan jasmani berada pada skala yang saling bertentangan. Jika skala timbangannya lebih berat kearah jasmani, manusia itu dianggap jahat. Sebaliknya, jika skala timbangannya berat kearah rohani, manusia itu dianggap baik.

Berdasarkan kepada kefahaman terhadap kehidupan ini, masyarakat Eropah mempercayai jika manusia itu menikmati kehidupan duniawi ia akan menyebabkan skala jasmani (kebendaan) mereka lebih berat mengatasi skala rohani. Untuk memastikan agar perkara ini tidak terjadi dan agar aspek kerohanian manusia mengerhanai aspek materi (kebendaan), kekuasaan keatas kehidupan mestilah menjadi hak mutlak golongan paderi (iaitu golongan yang mewakili aspek rohani). Berdasarkan kepada flasafah rohani dan jasmani ini, para paderi mengambil kekuasaan dan memerintah rakyat secara kuku besi, iaitu memerintah menurut nafsu dan kehendak mereka.

Sudut pandangan terhadap kehidupan inilah yang menjadi penyebab utama mengapa negara teokrasi mundur didalam segala bidang kehidupan. Menikmati kehidupan melalui penciptaan dan penyelidikan dikaitkan dengan kejahatan. Pandangan yang sedemikian adalah penyebab kepada kejumudan dan kemunduran negara. Mereka beranggapan negara sebagai kudus dan suci yang meperolehi kekuasaan daripada Tuhan, oleh itu tiada siapa pun yang berhak untuk mempersoalkannya.

Struktur kepaderian yang kukuh ujud di negara-negara tersebut dan hanya terhad kepada golongan manusia tertentu. Pemikiran terhadap teologi ini diterima melalui taklid buta yang mana ianya bertentangan dengan fitrah manusia dan realiti. Sebagai contoh, mempunyai hajat sexual dan melakukan hubungan sexual di anggap jahat, dan ada sebahagian beranggapan wanita sebagai bukan manusia. Pandangan terhadap kehidupan dan negara yang sedemikian menyebabkan kemuduran menjadi satu kelaziman di negara teokrasi.

Negara Islam bukan negara kudus antau suci. Kuasa pemerintahan adalah hak Umat Islam, Umat mewakilkan kuasa ini kepada salah seorang dari mereka, iaitu dia yang memenuhi syarat-syarat perlantikan. Yang dilantik tidak dianggap sebagi suci atau maksum yang tidak boleh dipersoalkan atau dikritik. Setiap Muslim mempunyai hak untuk menyoal terhadap apa saja tindakan negara kerana kekuasaan terletak ditangan Umat Islam. Contohnya, peritiwa dimana seorang perempuan tua badwi mempersoal dan membetulkan Umar (ra) yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Negara Khilafah boleh dijadikan hujah bahawa tiada siapapun boleh dianggap sebagai maksum atau tidak boleh disoal. Oleh itu tiada siapapun yang berada di atas undang-undang atau tidak boleh disoal kerana kedaulatan milik Shariah dan bukan milik negara atau kelompok elite tertentu.

Peundang-undangan di dalam Negara Islam adalah hukum-hukum yang ditabani (legalisasi) dari Shariah Islam. Walaupun demikian, Shariah juga tidak dianggap suci sehiggakan masih ada ruang untuk dibahaskan dan diperbincangkan. Pemikiran, hukum, dan kefahamannya dianggap Islami, tetapi masih tertakluk kepada perbahasan, perubahan/modifikasi, dan hingga kepada pembatalan mengikut kaedah Ijtihad yang benar. Setiap permasalahan boleh melahirkan penyelesaian yang pelbagai berdasarkan Nas. Ini adalah bukti bahawa Nas Al-Quran dan As-Sunah terbuka untuk difahami dan diistinbat/digal i hukum darinya mengikut kaedah yang tertentu sebagaimana yang di tunjukkan oleh Usul-ul-Fiqh.

Disana terdapat perbezaan yang jauh diantara makna kerohanian menurut Islam dan fahaman terhadapnya di dalam negara teokrasi. Di dalam Islam, kerohanian bermakna kesedaran, pemahaman, dan pengiktirafan hubungan manusia dengan Allah (swt). Kefahaman bahawa manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah (swt) didapati melalui jalan rasional/akal dan bukan melalui emosi atau peniruan/ikut-ikutan. Ini akan membawa manusia untuk melakukan perbuatan mereka berdasarkan Perintah-Perintah dan Larangan-Larangan Allah (swt).

Oleh itu dua ciri unik Hadarah/Pemikiran Islam ialah; Pengambilan Akidah melalui jalan pemikiran (sedangkan negara teokrasi didasarkan kepada kepercayaan yang ditaklid secara membuta-tuli). Keduanya, Islam menganggap kerohanian sebagai kesedaran manusia terhadap hubungannya dengan Allah (swt) akibatnya manusia mestilah memastikan setiap perbuatannya didasarkan kepada Shariah. Sudut pandangan yang tersendiri ini menonjolkan ciri-ciri progresif yang terdapat pada Islam.

Shariah Allah (swt) adalah penyelesaian masaalah kehidupan manusia dengan mengambil kira akan hajat-hajat yang timbul dari keperluan fizikal dan naluri-naluri mereka. Ianya tidak menghalang manusia dari menikmati kehidupan dengan meminggirkan kehendak-kehendak mereka. Sebagai contoh, Islam sangat mengalakkan manusia supaya berkahwin diusia yang muda dan akan memudahkannya melalui bebagai saluran (umpamanya melalui kemudahan kewangan). Oleh itu Ia mengiktiraf keperluan-keperluan yang terdapat pada manusia dan memberikan kaedah bagaimana untuk memenuhinya.

Andaian yang mengatakan manusia terdiri dari jasad dan rohani adalah batil kerana manusia dan perbuatannya adalah materi/jasad semata-mata. Kerohanian adalah pengetahuan/kesedaran bahawa dia adalah makhluk yang diCipta oleh Sang Pencipta dan kesedaran ini adalah sesuatu yang datang dari luar tubuh manusia. Kerohanian berlaku apabila kita menyedari hubungan kita dengan Allah (swt) ketika melakukan apa jua bentuk perbuatan. Kefahaman yang sebegini bukanlah datang dari bahagian yang ada pada bentuk fizikal manusia itu. Sementara masaalah roh/nyawa, ia adalah rahsia kehidupan yang mana manusia hanya memiliki sedikit pengetahuan terhadapnya.

Berdasarkan kepada kefahaman kerohanian menurut Islam ini, tidak ada satu pun konsep bahawa manusia itu terdiri 2 unsur yang saling bertentangan dimana rohani dikaitkan dengan surgawi dan jasmani dikaitkan dengan duniawi. Manusia hanya terdiri dari jasad/materi semata-mata dan melakukan perbuatannya berdasarkan Peraturan Allah (swt). Ini adalah makna sebenar kepada kerohanian/sprituality.

Di dalam Islam tiada perbezaan atau pemisahan antara agama dan negara, tiada juga struktur atau kekuasaan golongan agama. Kefahaman terhadap kerohanian sebagai merealisasikan hubungan manusia dengan Allah (swt) terbuka kepada sesiapa sahaja dan tidak hanya kepada golongan tertentu. Di dalam Islam tiada kepaderian atau golongan agama/rijal-ud-din. Hakikatnya, Islam datang untuk menghapuskan konsep tersebut. Sejarah adalah saksi kepada hakikat yang menunjukan bahawa Negara Islam bukan lah negara elite untuk kelompok tertentu sahaja. Kebanyakkan pelupur didalam disiplin keilmuan Islam seperti bahasa Arab, Usul ul Fiqh, dan Fiqh adalah mereka yang berasal bukan dari kalangan bangsa Arab. Islam sentiasa membuka pintunya kepada siapa sahaja untuk mempelajari dan membuat sumbangan kepadanya. Bandaraya-bandaraya di dalam negara Islam seperti Baghdad dan Damsyik adalah pusat pengajian yang terkenal. Semuanya ini menyumbang kearah perkembangan dan kemajaun intelektual yang hebat di dalam Negara Islam.

Negara Islam bukanlah negara agama/teokrasi, bukan juga kekuasan kerohanian ditegakkan untuk memastikan agar skala timbangan rohani mengatasi skala jasmani/materi. Negara Islam bukanlah juga negara yang mana kekuasan sekular ditegakkan agar timbangan jasmani/materi lebih berat. Oleh itu, tidak ujud istilah teokrasi, kekuasaan terokrasi, atau negara teokrasi dengan "citarasa" kerohanian Barat di dalam Negara Islam.

Negara Islam ditegakkan untuk memerintah dan mentadbir urusan rakyat berdasarkan kepada Akidah fikriyah/intelektual dan ideologi yang mana darinya dilahirkan sistem kehidupan, yang dilaksanakan dan diterapkan oleh negara. Hukum diistinbat/digali mengikut kaedah ijtihad yang benar berdasarkan Nas dan prinsip-prinsip umum pemahaman Nas.

Negara Islam dibina atas prinsip yang tetap, iaitu menerapkan Islam dan menyebar-luaskannya keseluruh dunia. Ia dibina atas asas yang satu, iaitu manusia, kehidupan, dan alam diCipta dari tiada kepada ada oleh Sang Pencipta. Kehidupan ini adalah bahagian dari hubungan diantara apa yang ada sebelum dan sesudah kehidupan. Hubungan sebelum kehidupan ini adalah Allah (swt) Mencipta segala sesuatu dan Perintah-Perintah dan Larangan-LaranganNya mentadbir kehidupan ini. Hubungan selepas kehidupan ini adalah Hari Pembalasan. Hidup manusia di dalam kehidupan ini ditadbir dan dikawal-seliakan oleh hubungan yang mengaitkan hidupnya dengan apa yang ada sebelum dan sesudah itu. Berdasarkan kepada pemahaman sudut pandangan ini, Negara Islam berusaha untuk mencapai kemajuan kebendaan/material didalam kehidupan ini dan berusaha untuk menghapuskan segala bentuk halangan dalam menuju kearah itu. Kepimpinan ideologinya adalah faktor utama yang mengangkat martabat negara di dalam kehidupan ini dan kearah kemajuan kebendaan/material. Kemajuan kebendaan/material menjadikan benda/materi tunduk kepada manusia untuk berkhidmat kearah kemajuan dan kesejahteraan mereka.

Hadarah/kebudayaan negara menonjolkan taraf kerohanian/spritual dan kemajuan material yang tinggi kerana ia memandang hidup sebagai kesatuan antara roh dan jasad/materi. Kesatuan ini meyebabkan manusia mentadbir perbuatannya berdasarkan Peraturan Allah (swt). Manusia secara sukarela berusaha untuk menerapkan Hukum Allah (swt) dengan kehendaknya sendiri semata-mata untuk menyahut Perintah Allah (swt) dan bukan atas dasar manfaat yang akan mereka dapati. Pandangan hidup yang sedemikian adalah satu-satunya cara hidup yang paling progresif bagi menjamin kestabilan, kebahagian, kemewahan dan kegembiraan. Asas kehidupan ini menletakkan kedaulatan ditangan Shariah dan dilaksanakan ke atas semua lapisan rakyat. Shariah berusaha untuk merubah masyarakat kepada struktur yang paling sempurna yang mampu dicapai oleh manusia. Pandangan hidup ini mendorong manusia untuk mentaati Hukum Allah (swt) secara berterusan samada secara sukarela atau melalui penguatkuasaan oleh negara.

Ciri-ciri yang terdapat pada Negara Islam memampukannya untuk menjadikan kemajuan dibidang matirial/kebendaan sebagai sasaran. Hadarah/pemikiran Islam melihat benda/materi berdasarkan prinsip Syarak; "Setiap benda atau objek adalah mubah/harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya." Sudut pandangan ini memampukan negara untuk maju dan ini bertentangan sama sekali dengan sudut pandangan negara teokrasi berkaitan dengan hal ini.
Fungsi Negara Islam adalah untuk melaksanakan Ideologi Islam sebagai suatu akidah dan sistem di dalam ruang-lingkup perundangan dan untuk menyebar-luaskan Dakwah Islamiyah ke negara-negara lain.Dakwah mestilah dibawa/dipikul sebagai satu ideologi bersama-sama dengan kepimpinan pemikiran (Qiadah Fikriyah) nya. Dakwah mestilah disokong oleh kekuatan fizikal yang mampu melindunginya dan menghapuskan segala bentuk halangan yang menyekat jalan Dakwah.

Keperluan-keperluan yang tersebut diatas adalah perlu bagi menjamin kelestarian Negara Islam, keperluan-keperluan ini akan membuatkannya berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Oleh itu, adalah sesuatu yang lazim kepada Negara Islam untuk menaja makmal-makmal R&D, mendapatkan teknologi dan kemajuan material, angkatan bersenjata yang kuat, menumpukan dan mengalakan pengajian berkaitan hadarah/keilmuan Islam seperti bahasa Arab, Usul ul Fiqh, dan Fiqh. Ini semua akan menyumbang kepada kelestarian Negara Islam sebagai kuasa besar. Pandagan hidup yang dimiliki oleh Negara Islam bukanlah satu tandingan buat negara teokrasi.

Ianya adalah satu penipuan dan penyelewengan yang besar untuk menyamakan Negara Islam sebagai negara teokrasi. Negara Islam adalah negara yang ujud secara mampan selama 13 abad dan telah menyediakan taraf hidup yang tinggi untuk dikecapi oleh rakyatnya. Kami berdoa agar generasi Umat Islam masa kini dan dunia akan dapat melihat semula keujudan Negara Khilafah seperti mana yang telah ditegakkan oleh Muhammad (saw) di Madinah al Muanwarah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar